Zero Somebody 1

Diari ini ditulis sepenuhnya tanpa motif. Nota rekaan semata-mata hanya untuk mengisi kelapangan masa. Bukan bertujuan untuk bermelankolik apatah lagi memeningkan fikiran pembaca dengan kata-kata penuh abstrak yang memerlukan seribu satu hujah untuk dicerna dan diterjemahkan pembaca yang majoritinya terdiri daripada pembaca urban (yang semestinya didefinisikan urban semata-mata bukan kerana memiliki akaun Facebook, Twitter mahupun Myspace. Friendster? Oh, sudah 10 ribu tahun ketinggalan zaman dan sebenarnya Myspace juga jatuh dalam kategori itu. Juga tidak juga kerana menonton Akademi Fantasi, medium khayalan penonton berfantasi sebagai superstar nasional jalan singkat).

Maaf dengan mukadimah panjang lebar itu. Juga maaf dengan gaya penulisan bebas ini. Tanpa format tetapi lebih kepada menulis mengikut gaya tentu emosi. Sebenarnya, semakin kita merasakan diri penuh perasaan dan emosi semakin lancar daya psikomotor memberi reaksi terhadap ruang tulis maya ini.

Zero Somebody 1.

Subzero merupakan seorang pelajar universiti. Lebih kurang sama seperti anda semua di luar sana mempunyai cita-cita untuk mendapatkan ijazah dan apa jua jenis kelulusan untuk menempatkan diri dalam masyarakat yang juga mempunyai iltizam, visi, misi, ambisi, motto dan perkataan – perkataan yang sewaktu dengannya yang membawa beban maksud dia seharusnya melunaskan tanggungjawab sebagai belia harapan bangsa dan negara. OK, crap. Actually, he’s not more than a student who’s studying for the sake of getting a general degree, something that he always wondered will he ever achieve that feat. However, there’s still a strong little sound within that gives him the force to believe with the purpose of the line that he has chosen would spare a fortune, if only he came out with a brave heart to succeed with the right attitude and aptitude. Ayat-ayat tipikal tetapi mungkin sedikit berguna kelak sekiranya ditenung dan difikirkan dia sejenak sambil melihat siling sebelum tidur. Itu pun sekiranya suara kecil itu resonans dengan semangat dalaman dirinya.

Subzero hanya seorang belia tipikal. Sememangnya lumrah menjadi seorang lelaki kelalaian dan lacking sense of urgency menjadikan dirinya bersifat laidback dan mudah hanyut dalam arus globalisasi dan hedonisme. Jadi tidak hairanlah 3 hari sebelum bermulanya semester baru universiti Subzero masih lagi belum mendapatkan sebuah rumah sewa untuk diduduki. Dia lebih selesa menghabiskan masa berhibur dan berlibur bersama rakan-rakan di tempat kediamannya. Lepak, lepak dan lepak memenuhi gaya hidup remaja lelaki masa kini. For a man, he needs a base before he can conquer. For Subzero, apa jenis base pun belum ada apatah lagi untuk conquer. Conquer as in succeeding whatever kind of skirmish given. Including to find the nearest food stall and football field. Oh, OK. Conquering the football field. Akhirnya, perkataan conquer itu menjadi relevan. (Actually, it’s the kind of phrase that he built to make himself feel more important in his head.)

Luckily he got a rental house. It was his last resort. Secara teknikalnya, rumah tersebut adalah sebuah pangsapuri. OK, that’s a big lie with the intention of getting a greater reputation. Rumah flat berumur berpuluh tahun mungkin to be exact. Subzero searched it on the net and the flat was the last call he made. Luckily, the owner has accepted his request to rent the house. He was so relieved until he took a look at the house a day before he had to register the classes for the new semester at the varsity.

Pada hari pemindahan barang ke rumah sewa tersebut, perkara pertama yang menjadi cabaran dan halangan terbesar adalah rumah itu berada di tingkat 5 tanpa lif, aras tertinggi bagi blok flat tersebut. Namun jangan sesekali menyesal kerana keputusan untuk duduk di rumah sewa itu merupakan keputusan dirinya sendiri. Sesungguhnya untuk menjadikan sesuatu perbuatan itu rasional perbuatan itu hendaklah dialaskan dengan suatu frasa jadi Subzero menjauhkan penyesalan tentang rumah sewa itu dengan mengalaskannya dengan kata alah biasa tegal biasa. Naik sahaja tangga setinggi 5 tingkat itu tanpa banyak karenah. To endure is the willingness to learn. Words of wisdom yang biasanya terdapat pada kalendar.


Setibanya Subzero di pintu rumah sewa barunya itu, dia menyapa rakan serumah barunya itu.

“Assalamualaikum. Nama aku Subzero. Aku lah yang menelefon kau untuk menyewa rumah ini,” sapaan pertama Subzero kepada rakan rumah sewanya seramai dua orang setakat hari itu. Dimaklumkan pada keesokan hari dua lagi penyewa yang merupakan pelajar juga akan mula berpindah ke rumah tersebut.

Mendengar nama Subzero membuatkan mereka sedikit terlopong. Apakah muka Melayu berkulit sawo matang ini bernama Subzero? Tiada nama Ahmad, Muhammad, Khairul atau nama-nama kebiasaan Melayu yang lain pada dirinya? Hatta, mereka tidak tahu bahawa itu adalah part of the plan. To keep himself anonymous in the house. Bukan dia mahu menjadi anti-sosial tetapi lebih kepada merahsiakan sedikit sebanyak identiti dirinya. He has the ideology of little-less known is easier. Mungkin dengan sedikit rujukan mereka boleh tertawa kecil kerana pada zaman kegemilangan permainan video Sega judul Mortal Kombat sinonim dengan karektor Subzero yang mempunyai hikmat membekukan objek dengan kuasa ais. Biarlah pun mewujudkan sedikit suasana skeptikal tetapi Subzero selesa dengan keadaan begitu.

Langkah pertama ke bilik yang telah diberikan. Tiada kipas, sedikit berhabuk dan sawang, tergantung poster The Chronicles of Narnia : Prince Caspian (mungkin peninggalan daripada penyewa rumah lama) dan mempunyai tingkap. Ya, sekurang-kurangnya baik mempunyai tingkap daripada tidak mempunya kipas kerana kipas boleh dibeli tetapi tidak pula pada tingkap. Sedikit kecewa tetapi lebih baik daripada tiada. That was when he thought of the word independent. Berdikari dalam membersihkan segala sawang yang ada dalam bilik tersebut not to mention the money needed to buy things in order to complete the room. Complaining rarely exists in him but looks like Subzero has to do so while adapting to non-complacency for a while.

It was a long day really for him. He had the chance to talk to his housemates. They were practically decent. That was something that made him happy after the hard day. Long story short it was a long long day for Subzero. He knew that the new chapter has just begun. It has already started when Subzero gave Cheezels treat to his new housemates. Politics exercise.

p.s : Adakah perkataan ambition telah dimelayukan? Jika belum sesungguhnya saya berbangga berbuat demikian. Barulah berjiwa perintis. Heh, ambisi melambung.

p.s.s : Penulis juga masih mempunyai akaun Myspace yang masih aktif. Oh, 10 ribu tahun ketinggalan zaman juga rupanya.

0 komen:

Post a Comment